Menurut Regis 1996 masyarakat kadazandusun percaya terhadap kewujudan dua tuhan yang bernama kinorohingan dan isterinya umunsumundu. Mereka dikatakan merupakan pembentuk terhadap segala yang ada di dunia serta angkasa. Umunsumundu membentuk bumi manakala kinorohingan membentuk langit dan segala yang berada di atas bumi. suatu hari, seekor burung helang bernama kondiu telah dihantar untuk melihat semua benda yang telah dibuat oleh Kinorohingan dan Umunsumundu . tetapi, Kondiu melaporkan bahawa saiz awannya yang dibentuk lebih kecil dibandingkan dengan saiz bumi . laporan tersebut telah memberi tamparan yang sangat hebat kepada harga diri kinorohingan. beliau memberitahu isterinya bahwa dia merasa malu kerana mencipta awam yang lebih kecil dari bumi, seterusnya ingin mencipta awam yang baharu. mengetahui bagaimana perasaan suaminya, Umunsumundu memutuskan untuk mencipta semula bumi daripada menjadikan bumi sama saiznya dengan awan . dia mencipta sebuah gunung yang dinamainya Kinabalu or Kinorungoi. gunung tersebut berada di tengah-tengah dunia.