- PENGENALAN
Tajuk kajian ialah kajian tentang analisis proses perancangan pengeluaran, persekitaran perniagaan dan campuran pemasaran Syarikat produk roti krim Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd. Pengkaji memilih syarikat ini untuk mengkaji elemen-elemen proses pengeluaran , perancangan pengeluaran iaitu susun atur pengeluaran dan jenis pengeluaran, persekitaran perniagaan dan elemen campuran pemasaran.
Gardenia bakeries (KL) Sdn Bhd merupakan subdiari kepada sebuah syarikat kumpulan makanan. QAF Ltd yang juga mengendalikan kilang-kilang roti gardenia di Singapura, Filiphina dan tidak lama lagi mengembangkan syarikatnya di Fujian China. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd juga adalah Syarikat Bersekutu Padiberas National (BERNAS). Lokasi syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd ialah di lot 3. Jalan pelabur 23/1, 40300 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia
Produk adalah setiap apa sahaja yang ditawarkan di pasar untuk mendapatkan perhatian, pemakaian dan penggunaan yang dapat memenuhi keinginan atau keperluan pengguna. Produk tidak hanya selalu berupa barang tetapi boleh juga berupa perhikmatan ataupun dari kedua-duanya.
Selain itu, proses pengeluaran didefinisikan sabagai didefinisikan sebagai satu sistem transfomasi yang menukarkan input kepda output untuk menghasilkan barangan dan perhidmatan. Proses pengeluaran merangkumi input, proses transformasi dan output.
Seterusnya, perancangan pengeluaran merupaka satu aspek perancangan yang penting meliputi 4 faktor iaitu keputusan reka bentuk pengeluaran, jenis pengeluaran, susun atur pengeluaran dan penetuan lokasi kilang bagi memastikan proses pengeluaran berlaku secara sistematik.
Menurut kamus pelajar edisi kedua pengeluaran bermaksud perbuatan atau hal yang mengeluarkan. Pengeluaran juga menurut buku pengajian perniagaan adalah sesuatu meliputi segala aktiviti untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan dengan tujuan memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
Setiap proses pengeluaran menghasilkan nilai faedah. Nilai faedah terhasil apabila sesuatu barang berubah bentuk, berpindah tempat, berubah masa dan pemilik.
Sesuatu aktiviti pengeluaran hanya dapat dijalankan apabila wujud faktor pengeluaran iaitu buruh, tanah, modal dan usahawan.
Berdasarkan teori sistem, sesebuah organisasi perniagaan itu tidak dapat berdikari. Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran. Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen perniagaan asas seperti pemilik perniagaan, pelabur, pekerja, pengguna dan pembekal. Elemen-elemen ini berinteraksi dan mempunyai hubungan langsung dalam pembentukan polisi, prosedur-prosedur dan system sesebuag organisasi perniagaan. Persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Diantaranya elemen-elemen persekitaran perniagaan luaran ialah persaingan, persekitaran ekonomi, persekitaran teknologi, persekitaran sosiobudaya, persekitaran politik dan undang-undang, institusi kewangan dan persekitaran global atau antarabangsa.
Pemasaran ialah satu proses untuk memperoleh apa yang dikehendaki dan diperlukan sama ada dengan menciptakannya sendiri ataupun melalui pertukaran produk dan nilai dengan pihak yang lain (Kotler & Armstrong, 2008). Elemen campuran pemasaran merupakan istilah yang merujuk kepada unsur penting yang perlu diguna pakai oleh koperasi bagi memastikan pelan pemasarannya berjaya. Menurut Abu Bakar et. al (2006) terdapat empat elemen asas campuran pemasaran yang terdiri daripada 4P iaitu produk (Product), peletakan harga (Price), tempat pengedaran (Place), dan promosi (Promotion).
- Objektif kajian
Kajian ini dijalankan untuk mencapai 4 objektif utama berkaitan pengeluaran produk roti putih ‘original classic’ yang dipasarkan oleh Syarikat Gardenia SDN.BHD. Objektif-objektif tersebut ialah:
- mengkaji proses pengeluaran roti putih ‘original classic’ Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd
- menganalisis perancangan pengeluaran roti putih ‘original classic’ yang merangkumi aspek jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran
- menerangkan persekitaran umum iaitu persaingan dan persekitaran tugas iaitu sistem dan prosedur yang mempengaruhi perniagaan
- menjelaskan elemen campuran pemasaran harga dan promosi bagi produk roti putih ‘original classic’ keluaran Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn.Bhd
- Latar belakang kajian
Logo Syarikat Gardenia (KL) Sdn Bhd
Pengkaji telah memilih salah satu produk daripada Syarikat Gardenia SDN.BHD iaitu roti putih ‘original classic’. Pemilihan produk tersebut adala bagi memenuhi objektif pengkaji iaitu mengkaji proses pengeluaran roti putih ‘original classic’ Syarikat Gardenia SDN.BHD, menganalisis perancangan pengeluaran roti putih ‘original classic’ yang merangkumi aspek jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran, menerangkan persekitaran umum iaitu pesaing dan persekitaran tugas iaitu pekerja yang mempengaruhi perniagaan, dan menjelaskan elemen campuran pemasaran harga dan promosi bagi produk roti putih ‘original classic’ keluaran Syarikat Gardenia SDN.BHD
Produk roti putih ‘original classic’ dicipta pada tahun 1969, oleh seorang rakyat Amerika bernama Horatio Sye Slocumm yang telah dihantar oleh Koperasi Perkhidmatan Eksekutif Antarabangsa (International Executive Service Corporation) (IESC) ke Malaysia Timur bagi memulakan perniagaan bakeri. Slocumm yang sebelum ini tiba di Malaysia, telah membawa 35 tahun pengalaman berniaga bakeri di beberapa rangkaian kedai roti bersamanya sewaktu menetap di Amerika Syarikat. Sejak dari itu tertubuhnya Gardenia. Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd pertama kali mengadun bebuku roti pada tahun 1986. dalam hanya tempoh 4 tahun sahaja, Gardenia Bakeries (KL) menjadi pelopor pasaran roti terkemuka di Malaysia. Sejak beberapa tahun mutakhir ini, Gardenia telah berjaya mencipta dan memasarkan pelbagai produk bakeri berkualiti tinggi yang mendapat sambutan hebat berterusan dari rakyat Malaysia khususnya. Pengkaji memilih produk dari syarikat Gardenia kerana maklumat yang lengkap mudah diprolehi melalui laman web dan roti putih ini juga merupakan makanan yang sering dimakan oleh pengkaji dari kecil.
Berikutnya, misi syarikat ini adalah untuk berhidmat kepada pengguna dengan pelbagai kualiti tebaik produk makanan dan minuman yang lazat, dengan kemudahan pembuatan bertaraf dunia dan rangkaian pengedaran di seluruh negara yang cekap. Hal ini, memberikan pulangan yang sewajarnya ke atas pelaburan pemegang saham. Visi syarikat ini pula adalah unutk menjadi syarikat utama dalam industri bakeri dan industri makanan dan minuman yang dikenali dan dicontohi bagi produk yang berkualiti terbaik yang mengembirakan pengguna. Ia menjadi kebanggaan setiap pekerja pelabur, rakan kongsi perdagangan dan pihak berkepentingan.
Proses pengeluaran merupakan satu sistem tranformasi yang menukarkan output kepada input, dimana setiap sistem harus ada aliran maklumat yang dinamakan gelungan maklum balas. Fungsi pengeluaran berkaitan secara langsung dengan penghasilan barangan dan perhidmatan melalui proses transformasi yang menambah nilai barangan kepada input. Proses pengeluaran yang digunakan oleh Syarikat Gardenia (LK) Sdn.Bhd bagi produk roti putih ‘original classic’ ialah pengeluaran secara massa kerana aktiviti berjalan secara automatik iaitu penghasilan barangannya melibatkan jentera yang dikawal oleh komputer bagi memastian keluaran produk dikeluarkan adalah standard dari segi saiz dan rasa. Selain itu, syarikat ini juga menghantar 700 lari di seluruh semenanjung malaysia setiap hari dengan operasi kilang 24 jam sehari menunjukan pengeluaran dilakukan secara besar-besaran dan berterusan.
Organisasi perniagaan dikelilingi oleh elemen-elemen persekitaran yang berinteraksi dan mempengaruhi pembuatan keputusan dan tingkah lakunya. Sebelum para peniaga merancang strategi perniagaan, mereka perlu mengenali, menganalisa dan memahami keadaan persekitaran perniagaan terlebih dahulu. Persekitaran perniagaan boleh ditinjau dari dua perspektif iaitu persekitaran perniagaan dalaman dan persekitaran perniagaan luaran. Persekitaran perniagaan dalaman sesebuah organisasi perniagaan terdiri daripada elemen-elemen perniagaan manakala, persekitaran perniagaan luaran terdiri daripada elemen-elemen yang berinteraksi dan mempengaruhi organisasi perniagaan secara tidak langsung. Persekitaran perniagaan Syariat Gardenia (KL) Sdn Bhd yang mempergaruhi pengeluaran produk roti putih ‘original classic’ dari segi persekitaran umum ialah pesaing iaitu syarikat atau firma yang mempunyai produk yang hampir sama atau serupa dengan syarikat gardenia. Bagi persekitaran tugas pula adalah pekerja iaitu buruh yang digunakan dalam proses pengeluaran untuk menukarkan output kepada input melalui proses transformasi.
- Kaedah kajian
Menurut Bryman ( 1992 ) , keadah kajian merujuk kepada penggunaan berbagai strategi bagipengumpulan data bagi mencapai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi Secara umumnya, data boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu data primer (raw data), dandata sekunder (secondary data). Pengkaji hanya menggunakan data sekunder untuk menjalankan kajian ini untuk mendapatkan maklumat
Kaedah kajian terbahagi kepada dua iaitu ;
- Data Primer
Menurut Rohana Yusof (2004), Penyelidikan Sains Sosial data yang berasal dari sumberasli atau pertama. Data asal yang dikumpul secara khususnya untuk menjawab persoalan kajian. Data yang dikumpulkan sendiri oleh penyelidik untuk menguji hipotesis dalam kajiannya. Tidak tersedia dalam bentuk fail. Sumber-sumber maklumat selalunya dikumpul melalui eksperimen atau kajian lapangan-
- Contohnya : Soal selidik, pemerhatian dan temu bual.Boleh dikumpulkan dari individu, kumpulan fokus ataupun panel pakar.
Secara prinsip, terdapat dua metode pengumpulan data primer, iaitu pengumpulan datasecara pasif & aktif
- Data Sekunder
Menurut Sabitha Marican (2005), data sekunder ialah merujuk data yang telah dikumpulkan oleh pengkaji lain yang pada awalnya dikumpulkan untuk tujuan lain tetapi sesuai digunakan untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan oleh pengkaji masa kini. Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik telah menggunakan data sekunder bagi mendapatkan kesemua maklumat yang diperlukan iaitu melalui laman sesawang dan sumber perpustakaan.
5.0 DAPATAN KAJIAN
Dapatan kajian merupakan analisis yang deperolehi daripada maklumat yang dikumpul melalui data sekunder untuk menjelaskan lebih lanjut tentang objektif kajian.
- proses pengeluaran
mengkaji faktor pengeluaran,proses tranformasi dan output yang dikeluarkan olah Gardenia Bakeries Sdn Bhd.
- Input
Input merupakan sumber sumber yang digunakan dalam proses pengeluaran. Faktor pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran seperti bahan mentah, modal modal insan teknologi dan keusahawanan. Faktor pengeluaran ini sangat penting dalam mencetuskan keberhasilan pengeluaran sesuatu produk.
- Bahan mentah
Bahan mentah merupakan bahan yang dibeli dari pembekal luar, tetapi masih belum melalui sebarang prose transformasi dalam organisasi. Bahan mentah adalah bahn yang belum mengalami pemprosesan yang belum dapat memenuhi keperluan dan kehendak manusia. Bahan mentah pada umumnya terdiri daripada sumber semula jadi seperti minyak,jagung , bijih kopi, tembakau dan sebagainya. Bahan mentah yang diproses untuk digunakan bagi memnuhi keprluan dan kehendak manusia yang pelbagai.
Bahan mentah yang digunakan oleh syarikat gardenia bakeries sdb bhd ialah tepung. Tepung menjadi asas bagi pengeluaran produk roti dari kilang gardenia.
- Modal
Modal ialah jumlah kewangan dan aset fizikal seperti peralatan, kelengkapan , jentera dan bagunan yang digunakan unutuk pengeluaran dan perhimatan. Modal juga merupakan sebarang bentuk pelaburan yang akan menghasilkan pulangan kepada syarikat.
Modal dalam Syarikat Gardenia Bakeries Sdn Bhd ialah peralatan seperti mesin yang digunakan dalam proses penghasilan roti gardenia. Kelengkapan dalam syarikay gardenia seperti fail, computer dan sebagainya, jentera juga dilihat sebagai modal yang digunakan oleh gardenia bakeries sdn bhd. Gardenia menggunak lebih kurang 700 buah lori untuk menghantar produk roti siap unutk dipasarkan
- Modal insan
Modal insan merupakan suber tenaga manusia yang digunakan sama ada dari segi fizikal dan mental dan kemahiran yang dimiliki oleh seseorang. Gardenia Bakeries Sdn Bhd mempunyai pekerja kira-kira 2500 orang pekerja dari seluruh negara. Pekerja-pekerja kilang gardenia dihantar ke luar negara seperti amerika institute of baking bagi mendapatkan latihan. Mereka juga diberi peluang menghadiri perdangangan untuk memastiakn seiring dengan trend global,teknologi dan produk terbaharu setan gaya hidup pengguana yang sentiasa berubah.
- Teknologi
Teknologi dalam faktor pengeluaran merupakan kaedah atau alat terbaharu yang digunakan dalam proses pengeluaran seperti robotik. Gardenia bakeries menggunakan teknologi yang meudahkan proses pengeluaran roti dari kilang gardenia. Antaranya seperti sitem electropneumatic, control valve, process measurement dan keseluruhan sistem dalam proses pembuatan produk tersebut.
- Proses transformasi
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), proses transformasi ialah perubahan bentuk dari segi sifat rupa dan keadaan manakala menurut abu bakar haimed pula proses transformasi ialah proses menukarkan input kepada output. Ia melibatkan teknologi dan manusia. Menurut laman sesawang http://hasliza-p5601productionmanagment.blogpost.com/2010/02/chapter-1html?m=1 transformasi meruuk kepada proses yang mengendalikan segala aktiviti penukaran input kepada outputyang melibatkan strategi-strategi operasi. Oleh itu transformasi merujuk kepada proses tambah nilai dimana semua faktor pengeluaran yang digunakan dapat menghasilkan prosuk. Bagiproses pengeluaran roti putih syarikat gardenia sdn bhd ini melibatkan proses dimana input- input yang digunakan diprose dan dijalankan unutk menghasilkan roti slice. bahan imput seperti tepung,te3lur bijiran dan tis dicampurkan dengan menggunakan mixer unutk menghasilkan doh dan kemudian diuli seterusnya dohtersebut dibahagikan kepada doh-doh yang kecil untuk memenuhi standard piawaian. Kawalan semasa juga dijalankan semasa proses ini bagi memastikan doh yang dihasilkan adalah dalam keadaan yang baik. Dalam proses ini juga masatelah ditetapkan iaitu selama 20 minit pada suhu 200 darjah celcius dan dibakar menggunakan tunnel oven dan conveyer belt digunakan untuk membantu mengerakkan barang-barabg dari satu tempat ke tempat yang lain.
- Output
Output merujuk kepada barangan dan perhimatan yang dihasilkan daripada proses pengeluaran. Output yang dikeluarkan oleh gardenia bakeries sdn bhd ialah sebuku roti. Roti yang dikeluarkan mempunyai pelbagai jenis yang membezakan produk gardenia dengan produk yang lain. Gardenia mempunyai roti yang cukup berkhasiat yang kaya dengan pelbagai vitamin. Kelembutan roti tersebut juga berjaya menerik minat orang ramai untuk memebelinya. Sesuai dengan slogan gardenia’enak dimakan begitu sahaja’.
- Produk fizikal dan produk perhikmatan
Produk fizikal merupakan produk yang boleh disentuh dan mempunyai bentuk fizikalnya tersendiri. Produk fizikal mempunyai ciri-ciri yang boleh diamati melalui warna, saiz berat jenama pembungkusan reka bentuk dan tahap kualiti. Contohnya, jam tudung,kain ubat baju gelang dan kraf tangan. Menurut Sabri Hj. Hussin, (2002) , produk boleh dibahagikan kepada tiga bahagian penting iaitu ciri-cirin augemented dan generic. Ciri-ciri merujjuk kepada apa-apa bentuk fizikal yang dapai dilihat dan boleh dirasai. Augemented pula merujuk kepada imej produk tersebut,prestasinya mengikut tanggapan orang ramai (pengguna), manakala generic ialah kegunaan-kegunaan yang dibekalkan oleh sesuatu produk untuk pengguna ataupun pembeli.
Produk perhikmatan pula merupakan satu bentuk yang ,mengandungi aktiviti kelebihan atau kepuasan yang ditawarkan untuk jualan dalm bentuk yang tidak ketara dan tidak menghasilkan pemilikan sesuatu. Contohnya perbankan, perundingan dan perhotelan. Produk perhidmatan adalah produk yang tidak boleh dilihat, tidak bolej diinventorikan, aspek kualiti yang sukar diukur dan hasil daripada barangan tidak nampak.
- Klasifikasi produk
Pelbagai klasifikasi suatu produk yang dikemukan oleh ahli pemasaran. Diantaranya pendapat yang dikemukan oleh Kotler. Menurut Kotler (2002) produk dapat diklasifikasikan menjadi beberapa kelompok
- Barangan mudah beli
Barangan mudah beli ialah baranganyang boleh diperolehi dalam jangka masa singkat dan kerap dibeli oleh pengguna serta perbandingan yang mnimum. Contohnya, roti gardenia mudah dibeli dimana-mana kedai dan restoren di malaysia dan tidak perlu mengambil masa tang lama untuk mendapatkanya
- Ciri produk
Ciri produk yang unik mampu menunjukkan perbezaan keistemewaan produk yang dikeluarkan daripada pengeluar dari produk dan produk yang dikeluarkan oleh pesaing. Oleh itu, ciri produk merupakan unsur penting yang menentukan kebersaingan sesuatu produk
Jadual: ciri-ciri produk roti gardenia
https//www.isahrotikugardenia.blogpost.com/2017/08/entri-ini-saya-tulis-demi-menjawap.html
- Reka bentuk produk
Reka bentuk produk mengambarkan gaya dan fungsi produk seperti menarik, mudah,selamat dan mudah digunakan dan diagihkan. Reka bentuk sebuah produk yang diterima oleh engguna dengan sepenuhnya dapat memngurangkan kos untuk menghasilkan produk tersebut disebabkab kelebihan dan kelemahan dalam penyasran pasaran.
Untuk menarik pengguna, gardenia telah menghasilkan beberapa saiz yang berbeza dalam pasaran. Produk roti gardenia mempunyai saiz yang berbeza antaranya adalah 400g,360g,80g, dan 50 g per pack
- Penjenamaan
Jenama merupakan nama istilah simbol tanda atau reka bentuk yang membentuk identiti firma dan produk keluaran mereka. Jenama mengambarkan kualiti sesuatu produk dan boleh menambah nilai kepada produk tersebut
Jenama gardenia adalah jenama islam yang dikeluarkan oleh Syarikat Gardenia Bakeries Sdn Bhd. Syarikat ini adalah syarikat bersekutu padiberas nasional berhad yang majoriti pengangan sahamnya dimiliki oleh orang-orang islam
Produk jenama gardenia yang terkenal adala seperti ‘toast’em’.”squiggles”, “delicia”, “twiggies”dan “breakthru”.
Jenama yang baik akan membantu dalam mendapat pencapaian yang terbaik bagi sesuatu produk itu. Syarikat gardenia bakeries sdn bhd juga mendapat banyak pencapaian dan anugerah di malaysia dari tahu 2001 sampai sekarang. Contohnya, pada tahun 2001 syarikat gardenia bakeries sdn bhd mendapat anugerah pembekal terbaik (kategori: roti), dairy farm giant retail, pada tahun 2002, mendapat anugerah sistem kualiti pengurusan iso 9001, SIRM QAS International Sdn Bhd, dan anugerah Superbrand untuk 3 penggal berturut-turut.
- Penlabelan
Label adala tulisan, gambar, atau kobinasi kedua-duanya yang disertakan pada wajah atau kemasan suatu produk dengan cara dimasukkan ke dalam, ditampalkan atau dicetak dan merupakan bahagian dari kemasan tersebut untuk memberikan informasi menyeluruh dari isi wadah produk tersebut. Pelabelan pada kemasa produk harus dipersyaratkan sedimikian rupa, sehingfga tidak mudah tertanggal,tidak mudah luntur atau rosak serta terletak pada bahagian kemasan yang mudah unutk dilihat dan dibaca dengan jelas
Setiap 2 keping (61.5g) roti disajikan 259 kcal, lemak 1.6g 0.7g lemak sat 0.4g mufa, 267mg karbohidrat,serat makanan 0.9g,protein 5.2g,187meg vit a,155 ng kalsiu, 3.5mg besi, 2.2 mg vitamin e, 32 meg iodin,1.1 mg zink
Terdapat beberapa warna pada penyepitkod yang digunakan untuk menutup roti gardenia. Setiap warna pada penyepit kod mempunyai funsi yang berbeza. Setiap warna penyepit kod tersebut menunjukkan hari roti tersebut dihasilkan dan dikeluarkan dari kilang. Gardenia mengeluarkan roti 4 kali dalm seminggu. Isnin adalah biru,selasa adalh hijau khamis adalah merah jumat adalah putih dan sabtu ialah kuning
Oleh itu ia memudahkan pengguna untuk mengetahui sama ada roti itu msih segar atau tidak ,contonya, sekiranya pengguan memebeli roti gardenia dengan kod berwarna kuning pada hari jumaat ini bermakna pengguna membeli roti yang telah dihasilkan hampir seminggu.
- Pembungkusan
Menurut Mokhtar Pet. Pembungkusan merupakan aktiviti mereka bentuk dan mengeluar bungkusan atau bekas unutuk produk yang dikeluarkan ke dalam pasaran. Pembungkusan yang menarik dapat menambahkan nilai sesuatu produk
walaupun gardenia sudah menjadi pengeluar roti kegemaran malaysia, gardenia juga banyak melabur dalm penyelidikan dan inovasi. Mengakkan semangat inovasi, gardenia melabur dalam pembungkusan produknya untuk menarik pelanggan mereka
- Perancangan Pengeluaran
Rancangan pengeluaran merupakan strategi yang berkaitan dengan pengeluaran. Antara faktor pengeluaran yang perlu dipertimbangkan dalam perancagan pengeluaran ialah reka bentuk pengeluaran, jenis pengeluaran, susn atur pengeluaran dan penentuan lokasi. Bahgian ini pengkaji akan menganalisisperancangan pengeluaran produk yang merangkumi aspek jenis pengeluaran dan susun atur pengeluaran produk roti putih syarikat gardenia sdn bhd
- Jenis Pengeluaran
Secara umunya terdapat 3 jenis pengeluaran iaitu tunggal. Berkelompok dan massa. Roduk roti putig bagi syarikat gardeni menggunakan pengeluaran secara massa. Menurut M.B. Muda Et Al (2003) mendefinisikan pengeluaran secara massa menekan kepada penyimpanan stok yang banyak dan penghantaran segera kepada pesanan pelanggan. Menurut pengurus kanan pemasaran roti gardenia pemasaran roti garden adalah sebanyak 42,000 buah roti dalam masa sejam. Dengan ini jenis pengeluaran secara massa yang digunakan oleh syarikat gardenia sdn bhd tersebut kerana mampu menghasilkan roti yang banyak dalam masa satu hari bagi mamuaskan hati semua pelanggan.
- Susun Atur Pengeluaran
pengkaji mendapati Syarikat Gardenia Bakeries Sdn Bhd (KL) menggunakan jenis susun atur secara produk. Susun atur secara produk melibatkan penyusunan satu barisan mesin mengikut urutan proses pengeluaran bagi memastikan operasi pengeluaran berjalan dengan lancar dan sistematik. Susun atur secara produk juga dikenali sebagai lini pemasaran atau pengeluaran. Setiap input pengeluaran seperti tenaga kerja mesin bahan mentah dan peralatan sidudun khusus mengikut ururtan dalam penghasilan produk roti gardenia.
- Persekitaran Perniagaan
persekitaran merupakan satu set yang mepergaruhi sistem perniagaan walaupun elemen-elemen ini bukan berada di bawah kawalan perniagaan. Persekitaran perniagaan terdiri daripada persekitaran umum dan persekitaran tugas. Bahagian ini pengkaji akan menerangkan tantang persekitaran umum dan persekitaran tugas yang mempergaruhi Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menegeluarkan produk roti gardenia.
- Persekitaran Umum
Menurut Sabri Hussin (2002) memdefinisikan persekitaran umum sebagai persekitaran makro yang boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada sesebuah perniagaan jika mengalami perubahan. Pengkaji ingin menerangkan persekitaran umum yang mempergaruhi Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd seperti persekitaran teknologi dan persekiataran prasarana.
- Persekitaran Teknologi
Menurut Abu Bakar Hamed, Rusmala Mohd Daud dan Siti Nabiha Abdul Khalid (1996) menyatakan teknologi merupakan perubahan pengunaan sains yang membolehkab manusia melakukan sesuatu yang baharu dan lebih baik . teknologi juga merujuk kepada kaedah baharu untuk melakukan sesuatu kerja. Teknologi yang digunakan oleh Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd ialah mixer divider rounder checkweigher profeer tunnel oven dan conveier belts. Persekitaran teknologi ini telah memepergaruhi syarikat gardenia bakeries (kl) sdn bhd kerana penggunaanya dapat mengurangkan kos pengeluaran dalam menghasilkan roti gardenia tersebut. Dengan kemudahan teknologi yang canggih ini syarikat gardenia akan mampu menembah pengeluarannya sehingga mencapai hasil pengeluaran sebanyak 8000 buku roti sejam menurut lama https://www,mstar.com.my/.
- Persekitaran Prasarana
Menurut Sabri Hussin (2002), prasaran merujuk kepada kemudahan atau infastruktur yang tersedia bagi memudahkan perniagaan beroperasi. Kemudahan fizikal yang lengkap adalah sistem pengangkutan, sistem penghubungan utilitis,zon perdagangan, pembangunan setempat dan gudang. Kemudahan tersebut diperlukan bagi melicinkan aktiviti perniagaan syarikat gardenia turut mempunyai pengangkutan untuk mengangkut produk roti yang dikeluarkan daripada kilangnya ke tempat pemasaran. Syarikat gardenia turut mempunyai lebih 600 kenderaan seperti lori di malaysia untuk menghantar produk mereka kepada peruncit . dengan kemudahan pengankutan yang telah disediakan, syarikat ini mampu bergerak cepat untuk menhantar produk mereka ke tempat yang lain. Manakala bagi kemudahan siswtem perhubungan komunikasi antara dua pihak iaitu pemindahan dan penrimaan maklumat agar dapat dilakukan dengan cepat dan pantas. Kemdahan ini telah mempercepatkan urusan syarikat gardenia bakeries (kl) sdn bhd dalam memasarkan produk mereka sistem perhubugan ini juga telah memudahkan urusan pemesanan bahan mentah atau pengreddan barangan daripada semua pengguana roti gardenia ini. Selain itu, kemudahan utiliti pula merujuk kepadakemudahan air dan elekktrik. Syarikat gardenia bakeries (kl) sdn bhd ,e,erlukan kemudahan ini unutk meneruskan operasi mereka. Bekalan air dan elektik yang konsisten ini akan memastikan proses perniagaan syarikat gardenia bakeries (kl) sdn bhd ini tidaktergendala dan memastikan semua aspek semeasa proses pengeluaran roti gardenia tersebut berjalan lancar
- Persekitaran Tugas
Menurut Sabri Hussin (2002) mendefinisikan persektaran tugas sebagai persekitaran yang boleh memeberi kesan langsung kepada sesebuah perniagan. Persekitaran tugas juga merangkumi pihak-pihak yang terlibat atau mempunyai pengaruh langsung terhadap operasi dan prestasi perniagaan. Pihak-pihak yang terdapatdalam persekitaran ini juga dikenalai sebagai pihak berkepentingan dalam perniagaan. Pengkaji ingin menerangkan persekitaran tugas yang mempergaruhi Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd seperti persekitaran pelanggan dan masyarakat
- pekerja
Menurut Sabri Hussin (2002) pekerja merujuk kepada individu yang menawarkan masa, tenaga, fikiran dan kemahiran unutk melakukan kerja-kerja dalam perniagaan. Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd mempunyai pekerja yang cekap dan mahir dalam mengendalikan mesin dalam proses pengeluaran roti gardenia. Syarikat roti gardenia telah memberi anugerah dan bonus terhadap pekerja mereka kerana telah banyak menyumbang tenaga fizikal dan mental dalam proses penghasilan roti gardenia. Syraikat ini juga melabur dalam program latihan terhadap pekerja mereka. Pekerja-pekerja utama kerap dihantar ke luar negara untuk latihan di American Institute of Banking dan lain-lain institusi professional di seluruh dunia. Mereka juga menghadiri pameran perdagangan untuk memastikan perniagaan mereka seiring dengan trend global teknologi dan produk terbahru serta gaya hidup pengguna yang sentiasa berubah. Semangat inovatif syarikat terhadap pekerjanya telah membolehkan syarikat ini menembusi selera pengguna dangan kepelbagaian produk rotti yang dikeluarkan, menurut daripada laman seswasng http://www.gardenia.com.my.
- masyarakat
Menurut lamab sesawang https://makna.online masyarakat merujuk kepada sekumpulan orang yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan car-car dan peraturan-peraturan tertentu. Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd telah mengadakan program kerja sosiol atau program khidmat sosial. Syarikat ini sangat bergiat aktif dalam aktiviti amal. Setiap hari syarikat gardenia akan menghantar roti-roti segar secara percuma kepada 45 buah rumah dan pusat pertubuhan ama seperti rumah orang tua, rumah anak-anak yatim dan juga pusat-pusat jagaan kurang upaya yang mana lapan diantaranya telah pun berada di dalam senarai penerima bantuan tersebut sejak tahun 1991 menurut laman sesawang utama mereka
- Elemen Campuran Pemasaran
Menurut Tow Khee Kin (2004), campuran pemasaran melibatkan satu set keputusan pemasaran yang membuat pengurusan untuk melaksanakan strategi kedudukan dan mencapai kepuasan objektif. Menurut abu bakar abd hamid (2002) campuran pemasaran merujuk kepada pengadunan antara produk penetapan harga promosi dan pengedaran yang direka unutk memnuhi keperluan sasaran pasaran. Manakala menurut ismah osman (2011) campuran pemasaran merupakan salah satu wadah dalam strategi pemasaran yang menggabunggkan elmen-elemen penting yang terdiiri daripada produk penetapan harga promosi dan pengedaran.
- promosi
Menurut Ismah Osman 2011 , promosi boleh didefinisikan sebagai komunikasi yang digunakan oleh pemasar bagi memberitahu, menggalak dan menyakinkan pembeli yang berpotensi supaya mencuba dan membeli produk dan perhidmatan yang dipasarankan.
Syarikat Gardenia Bakeries Sdn Bhd, menggunakan promosi pengiklanan secara peringatan. Promosi secara peringatan Penting untuk keluaran yang telah mencapai tahap matang. Ia bertujuan untuk mengekalkan ingatan pengguna terhadap sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Pengguna diingatkan agar mereka membeli jenama tersebut. Sebagai contoh syarikat gardenia mengedarkan sebanyak 5,000 hidangan sandwic berkhasiat kepada orang ramai secara percuma di beberapa lokasi terpilih di Lembah Klang bersempena dengan sambutan Hari Diabetes Sedunia pada 14 November setiap tahun. Hal ini memberitahu pengguna bahawa roti gardenia mepunyai kolestrol yang dapat mengurangkan risiko diabetes menurut https://www.utusan.com.my/bisnes/korporat/gardenia-edar-5-000-sandwic-sempena-hari-diabetes-1.414979
- pengedaran
Menurut Ismah Osman 2011 , saluran agihan adalah sekumpulan organisasi atau individu yang bergabung dalam proses penyediaan atau pemindahan barangan dan perhidmatan daripada pengeluar dan pembekal unutk penggunaan pengguna atau industri. Kebanyakkan pengeluar akan menggunakan orang tengah untuk memasarkan produk atau perhidmatan meraka. Produk dan perhidmatan dikeluarkan bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna . dengan itu pengeluar terpaksa mencari jalan menyalur barangn kepada pengguna dengan cara yang paling cekap di pasaran.
Syarikat gardenia bakeries sdn bhd melakukan oenghantaran roti putih kepada pengguna menggunakan lori. Pada waktu pagi , apabila kebanyakkan orang masih tidur pada kira-kira 3 pagi , buku-buku roti putih yang baru dibakar dan akan disusun dalam lori untuk memulakan persiapan penghantaran sehariannya. Lori ini akan menghantar roti tersebut ke kedai runcit sepanjang shah alam iaitu sekitar 3000 buah kedai.
- RUMUSAN
Pengkaji telah memilih Syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd untuk menganalisis pengeluraan, persekitaran dan campuran oerniagaan yang digunakan. Berdasarkan dapatan yang diperolehi, syarikat ini telah mengamalkan campuran pemasaran yang mengandungi elemen produk dan pengedaran dalam penjadualan produk yang dihasilkan oleh syarikat itu sendiri
Dari segi produk syarikat ini menawarkan produk penguna dalam bentuk produk fizikal kepada pelanggan iaitu roti putih, jem dan banyak lagi. Yang akan siedarkan didalam negara dan dieksport ke luar negara. Jenama syarikat ini adalah gardenia. Cara pembungkusan roti gardenia ini adalah dengan menggunkan plastik roti yang telah dilabelkan dengan perkataan gardenia dan logo jenama roti gardenia. Label pada bungkusan roti slice itu mengandungi maklumat penting tentang produk roti tersebut seperti tarikh luput, bahan-bahan yang digunakan dan banyk lagi. Khidmat sokogan syarikat ini melalui nombor telefon dan nombor faks yang membolehkan pengguna untuk memberi maklum balas tentang produk tersebut.
Syarikat ini menggunakan reka bentuk saluran agihan menegak dalam pengedaran produk. Syarikat ini menggunakan saluran agihan menegak iaitu melalui orang tengah seperti pemborong dan peruncit untuk mengagihkan barang secara terus atau secara langsung berdasarkan kehendak dan keperluan pengguna. Cawangan syarikat gardenia terdapat di seluruh negeri di malaysia supaya meudahkan unutk mengedarkan produk kpeada peruncit yang merupakan individu yang mempunyai kawasan yang berbeza bagi mengatasi masalah halangan geografi.
Kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa semua aspek pengeluaran , persekitaran dan campuran pemasaran dalam syarikat Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd adalah sangat penting. Oleh itu, pengkaji mencadangkan bahawa syarikat ini mestilah bekerjasama dengan pemborong di seluruh negara bagi memuaskan pasaran dan untuk meningkatkan jualan produk tersebut.